-

Laman social bookmarking merupakan satu tempat di mana pautan ke artikel-artikel dari laman web dan blog dikumpulkan, memudahkan anda untuk mencari kandungan-kandungan yang menarik di Internet. Ia juga memberi peluang kepada para penulis untuk mempromosikan laman web mereka. Contoh laman social bookmarking yang popular adalah Digg dan Reddit.
Kini, dunia blog tempatan dimeriahkan dengan satu lagi laman web social bookmarking, iaitu IMCURTAIN.com. Laman web ini masih dalam peringkat Beta, namun anda sudah boleh mendaftar, menghantar artikel, serta mengundi artikel yang anda gemari.
Sekali pandang, sistem IMCURTAIN.com menyerupai Negaraku.Net. Ini kerana kedua-duanya menggunakan platform yang sama, iaitu Pligg.
Kredit : SembangKomputer.Com
Posted by buletinpc in Internet, Website
Tags: imcurtain.com, negaraku.net, sosial bookmarking malaysia, website bookmark malaysia

0 Comment - Post your comment